Sunday, 12 May 2013

kemuliaan akhlak sang puteri

Sayyidatina Fatimah Az-Zahra r.ha ialah seorang putri kesayangan Rasulullah ﷺ. Beliau insan solehah yang amat pemalu. Beliau amat pemalu di depan suami beliau sendiri, apatah lagi di depan orang lain. Bahkan malu untuk terdengar suaranya, apatah lagi terlihat akan auratnya.

Pernah suatu ketika insan mulia ini menangis di malam hari, 

Berkata Sayyidatina Asma’ binti Humais r.ha,
"Demi ALLAH, apa yang telah membuatmu menangis wahai binti Rasulullah?"

Lantas Sayyidatina Fatimah r.ha berkata,
“Aku memikirkan tetang apa yang diperbuat oleh orang-orang terhadap jenazah seorang wanita, membungkusnya dengan kain kafan dan membawanya dalam keadaan bentuk tubuhnya yang terlihat?"

Berkata Sayyidatina Asma’ r.ha,
“Subhanallah. Atas apa ayahmu mendidikmu? Ayahmu telah mendidikmu dengan rasa malu yang sangat tinggi. Engkau malu kalau jasadmu terlihat dihadapan orang-orang/lelaki yang bukan mahram mu.”

Kemudian Asma’ binti Humais berkata kepada Sayyidatina Fatimah r.ha,
“Wahai Fatimah, aku mendengar di negeri Habsyah mereka meletakkan jenazah di dalam peti kayu sebagai penutup yang dapat menutupi jasad.”.

Mendengar hal tersebut, Sayyidatina Fatimah sangat gembira lalu berkata,
“Aku wasiatkan kepadamu wahai Asma’, untuk membuatkannya untuk jenazahku nanti.”

Kemudian Sayyidatina Fatimah memanggil Sayyidina 'Ali bin Abi Talib dan berkata,
“Aku merasa ajalku kian dekat wahai suamiku, Aku mewasiatkan atasmu 3 perkara, iaitu :

Yang pertama : Setelah aku meninggal dunia nanti, menikahlah dengan Umamah binti Ukhti Zainab.
Yang kedua : Jangan ada yang memandikanku selain engkau wahai 'Ali.
Yang ketiga : Kuburkanlah aku di malam hari.

Tidak lama kemudian Sayyidatina Fatimah dipanggil oleh ALLAH SWT, dan Sayyidatina Fatimah pergi meninggal dunia ini ketika umurnya 29 tahun. Sungguh umur yang sangat muda, namun ALLAH Ta’ala lebih mencintai Sayyidatina Fatimah dan berbahagialah Sayyidatina Fatimah kerana bertemu ayahnya Sayyidina Muhammad ﷺ.

Sayyidatina Fatimah meninggal dunia ini di umur yang sangat muda, namun Sayyidatina Fatimah meninggalkan cahaya yang sangat terang atas para wanita sebagai suri tauladan yg dapat membawa mereka ke dalam suatu keberuntungan abadi dalam keredhaan ALLAH dan Kekasih ALLAH.

اللهم صل على سيدنا محمد وعلى آله وصحبه وسلم

No comments:

Post a Comment